suria

Perdana Menteri Arah Semua Agensi Kerajaan Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

JITRA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan semua agensi kerajaan persekutuan supaya turun segera memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kedah dan Perlis.

Beliau berkata bantuan yang diberi tidak boleh bersifat diskriminasi dan mengira fahaman politik, sebaliknya perlu sama rata.

"Saya faham betapa seriusnya keadaan banjir di Kedah dan Perlis dan saya akan buat apa sahaja untuk membantu mangsa banjir," kata Najib semasa dihubungi Setiausaha Politiknya Datuk Shahlan Ismail yang melawat ke Kampung Pulau Timbul dekat sini, Ahad.

Dalam perbualan telefon itu, kata Shahlan, Najib turut bertanyakan tentang situasi banjir yang melanda negeri itu dan berharap agar rakyat bersabar.

Beliau berkata Perdana Menteri, yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kesihatannya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain