suria

Penduduk Dinasihat Awasi Haiwan Liar, Berbisa Selepas Banjir

RANTAU PANJANG: Penduduk yang terlibat dengan banjir di di negeri ini diingatkan supaya berwaspada terhadap haiwan terutamanya ular yang cuba berlindung di ruang tersembunyi di rumah yang ditinggalkan penghuninya untuk berpindah ke pusat pemindahan.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kelantan Zainuddin Hussein berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan mereka daripada diserang haiwan berbisa itu. Khamis lepas, seorang penduduk kampung di Kampung Gual Tok Deh dekat sini nyaris dibelit seekor ular sawa bunga sepanjang hampir 10 meter apabila terserempak dengan reptilia itu yang cuba menyelamatkan diri daripada banjir dalam sebuah reban ayam di rumahnya.

Bagaimanapun, ular sawa itu berjaya ditangkap oleh pasukan penyelamat JPAM yang bertugas di Bilik Gerakan Banjir Rantau Panjang sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Jumaat.

Zainuddin berkata berdasarkan pengalaman sebelum ini, banyak haiwan liar terutamanya ular bersembunyi di tempat selamat dalam rumah yang ditinggalkan mangsa banjir ketika berpindah di pusat pemindahan berhampiran.

Katanya kejadian itu kerap berlaku di kawasan pinggir hutan berhampiran sungai. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain