suria

Kontraktor Maut Selepas Tercampak Daripada Pacuan Empat Roda

IPOH: Seorang kontraktor terbunuh selepas tercampak keluar daripada kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dalam kejadian di Kilometer 321 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Tapah, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek Ahmad berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian 4.30 petang tadi dikenali sebagai Lee Chee Wai, 40, dari Ipoh.

Mangsa yang cedera parah di kepala, meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat, katanya ketika di hubungi.

Roslan berkata nahas itu berlaku ketika Lee yang memandu sendirian dari Kuala Lumpur ke Ipoh, gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ketika hujan lebat.

Akibat kejadian itu, mangsa tercampak keluar daripada kenderaanya dan meninggal dunia di tempat kejadian, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain