Najib Dalam Keadaan Baik, Kata Liow - Semasa | mStar

Najib Dalam Keadaan Baik, Kata Liow

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada dalam keadaan baik selepas menjalani pemeriksaan lanjut ulser dan gastritis ringan di Wad Orang Kenamaan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

"Penyakit yang dihadapi Perdana Menteri mungkin berpunca daripada penyakit cacar yang dihidapinya sejak beberapa hari lalu," kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada pemberita di HKL, Jumaat.

"Saya tidak tahu sehingga bila beliau akan ditahan di wad memandangkan penyakit cacar mengambil masa yang agak lama untuk sembuh iaitu sehingga tujuh atau lapan hari," tambahnya.

Beliau meluangkan masa kira-kira 50 minit di wad Perdana Menteri, yang ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, sebelum beredar pada 11.45 pagi bersama-sama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican dan Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain.

Dr Mohd Ismail dalam kenyataannya lewat malam tadi, menyatakan bahawa ujian endoskopi dilakukan ke atas Najib menunjukkan ada tanda-tanda ulser dan gastritis ringan. Sementara itu, Najib turut menerima lawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah dan Duta Malaysia di Amerika Syarikat yang juga Anggota Parlimen Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis hari ini.

Selain itu, dua anak Najib iaitu Mohd Nizar yang ditemani isterinya Nur Sharmila Shaheen, dan Mohd Nasifudin, turut dilihat meninggalkan hospital itu pada kira-kira 1.10 petang selepas melawat bapa mereka. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Najib Tetap Jalankan Tugas Walaupun Sakit

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain