suria

Mayat Mangsa Lemas Ditemui Di Terusan Arau

KANGAR: Mayat seorang pemuda yang terjatuh dalam Terusan Arau di Simpang Empat dekat sini Rabu lepas, ditemui tersangkut pada sebuah jambatan di Sungai Baru dekat sini, Jumaat.

Mayat Muhammad Nurul Afiq Mohd Rozaidi, 21, ditemui orang ramai pukul 8.45 pagi kira-kira dua kilometer dari tempat dia terjatuh dalam terusan itu.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Noordin berkata semasa ditemui, mayat mangsa yang berasal dari Simpang Empat itu telah kembung.

Mangsa dilaporkan terjatuh dalam terusan itu kira-kira 1.05 tengah hari Rabu lepas ketika sedang menunggang basikal di pinggir terusan dan dihanyutkan arus deras.

Usaha mencari dan menyelamat oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat serta Pasukan SMART sebaik kejadian juga gagal kerana arus kuat namun kawasan kejadian itu tidak dilanda banjir.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain