suria

BN Kekalkan Kerusi Batu Sapi

Calon Barisan Nasional, Datin Linda Tsen diraikan bersama oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiuasaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Foto THE STAR Oleh: NORMIMIE DIUN.

SANDAKAN: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi apabila calonnya Datin Linda Tsen memenangi pertandingan tiga penjuru itu dengan majoriti 6,359 undi.

Tsen, balu mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, dari Parti Bersatu Sabah (PBS) menewaskan saingannya Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan Ansari Abdullah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tsen memperoleh 9,773 undi berbanding

Ansari yang mendapat 3,414 undi dan Yong 2,031 undi.

Keputusan rasmi akan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohamad Hamsan Awang Supain di Dewan Komuniti Sandakan, di sini malam ini. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain