Tun M Cadang Kerajaan tidak Tergesa-Gesa Bina Loji Tenaga Nuklear - Semasa | mStar

Tun M Cadang Kerajaan tidak Tergesa-Gesa Bina Loji Tenaga Nuklear

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan kerajaan tidak tergesa-gesa membangunkan loji tenaga nuklear memandangkan "tidak ada jalan keluar selepas loji itu diaktifkan.

"Saya mempunyai pandangan yang berbeza mengenai nuklear. Saya tidak suka loji tenaga nuklear kerana teknologi itu tidak lengkap. Kita tidak tahu apa yang akan dibuat ke atas sisa nuklear. Sebaik menghidupkan uranium, tidak boleh berpatah balik."

"Dan kita sudah pun mempunyai masalah dengan bahan radioaktif atau amang yang kita lombong, yang digunakan untuk televisyen warna. Kini mereka tidak mahu menggunakannya lagi untuk tv warna. Melupuskannya sangat sukar. Kita perlu mengasingkan satu batu persegi tanah untuk menanam amang terbabit," katanya.

Dr Mahathir ditemui selepas melancarkan Peugeot 207, model pertama yang dikeluarkan di Malaysia oleh Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia.

Ditanya mengenai sumber alternatif, Dr Mahathir berkata, "Kita mempunyai empat dasar mengenai bahan bakar sebelum ini - hidro, arang batu, minyak bahan api dan gas. Kita masih boleh dapat sumber bahan bakar asli, sebagai contoh kita boleh mengeluarkan banyak diesel daripada minyak sawit dan pokok jarak dan "exactra."

"Kita perlu kaji sumber-sumber lain seperti angin dan kuasa ombak dan sumber tenaga lain yang ditemui dan dimajukan hari ini."

Bulan lepas, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berharap unit pertama loji penjanaan tenaga nuklear dapat disiapkan menjelang 2012.

Mengenai lokasi loji nuklear tersebut, beliau berkata, kementerian telah mengenal pasti beberapa lokasi, namun masih terlalu awal untuk mengumumkannya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Warga Emas Meninggal Dunia Kerana Denggi

Artikel Berkaitan

default image

Peniaga Bebas Tuduhan Rogol

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain