suria

Suspek Sindiket Penjualan Bayi Disambung Reman Sehingga Selasa Ini

KUALA LUMPUR: Tempoh tahanan reman ke atas enam suspek yang terbabit dalam sindiket penjualan bayi oleh sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh di sini disambung selama lima hari sehingga Selasa ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata tahanan reman ke atas kesemua suspek dilakukan agar polis dapat menjalankan siasatan lanjut terhadap kes itu.

"Mahkamah membenarkan tempoh tahanan reman itu disambung. Ini memberi ruang kepada kami (polis) untuk menyiasat kes ini sebelum ia boleh dibawa ke mahkamah untuk didakwa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Khamis.

Selasa lepas, sebuah akhbar mendedahkan Unit Anti Pemerdagangan Orang Bukit Aman menyerbu hospital berkenaan dan menahan enam individu termasuk pemilik hospital bergelar Datuk, isteri serta anaknya serta tiga kakitangan hospital. - BERNAMA

Artikel Sebelum

YB Baru Mahu Kotakan Janji

Artikel Berikut

Artikel Lain