suria

Spiderman Alain Robert Akan Panjat Singapore Flyer

'Spiderman' Perancis Alain Robert akan cuba melakar rekod baru dengan memanjat Singapore Flyer, roda tinjau terbesar di dunia yang terletak di Marina Bay esok.

SINGAPURA: 'Spiderman' Perancis Alain Robert, yang mendapat liputan akhbar antarabangsa kerana kemampuan luar biasanya memanjat bangunan pencakar langit di serata dunia, akan cuba melakar rekod baru di republik ini esok.

Beliau akan cuba memanjat Singapore Flyer, roda tinjau terbesar di dunia yang terletak di Marina Bay di sini.

Robert, 48, akan memanjat roda Ferris setinggi bangunan 42 tingkat itu sempena perasmian Sukan Mettle festival sukan ekstrem terbesar selama tiga hari, yang bermula di sini esok.

Festival ini menampilkan pelbagai jenis sukan seperti perlumbaan drag, seni mempertahankan diri, perlumbaan motosikal, lagak ngeri kereta dan wakeboarding.

Berbeza dengan tindakan Robert sebelum ini, aksinya kali ini mendapat kelulusan pihak berkuasa Singapura, tetapi dengan syarat beliau perlu menggunakan peralatan keselamatan semasa memanjat. Robert, yang mengadakan sesi latihan hari ini dengan memanjat satu daripada 28 kapsul pada roda berkenaan, memberitahu pemberita bahawa beliau menjangka akan selesai memanjat hingga ke bahagian tertinggi roda itu dalam masa 30 minit, esok.

Lelaki luar biasa ini, yang mula menjadi pemanjat bangunan tinggi profesional pada 1994 dengan memanjat sebuah bangunan pencakar langit di Chicago untuk sebuah rancangan dokumentari, telah memanjat lebih 100 bangunan tinggi, termasuk Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, yang merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia pada 2009. -BERNAMA

Artikel Sebelum

YB Baru Mahu Kotakan Janji

Artikel Berikut

Artikel Lain