suria

Qantas Gantung Perkhidmatan Pesawat A380

MELBOURNE: Qantas telah menggantung semua perkhidmatan pesawat A380 selepas satu daripada pesawatnya membuat pendaratan cemas di Singapura hari ini, demikian umum eksekutif syarikat penerbangan itu Alan Joyce.

Beliau berkata tiada seorang pun daripada 433 penumpang dan 26 anak kapal cedera apabila enjin QF32 yang menuju ke Sydney meletup di ruang udara Indonesia dan memaksa pesawat itu berpatah balik.

"Kami memutuskan untuk menggantung semua penerbangan A380 sehingga kami benar-benar berpuas hati yang maklumat mencukupi telah diperoleh daripada QF32," Australia Associated Press memetik Joyce sebagai berkata demikian kepada media di Sydney, pada Khamis.

"Kami akan mengantung perkhidmatan pesawat A380 itu sehingga kami benar-benar yakin keperluan keselamatan Qantas telah dipenuhi," katanya.

Letupan itu berlaku di ruang udara kepulauan Batam Indonesia sejurus selepas QF32 berlepas daripada Lapangan Terbang Changi Singapura pada pukul 9.56 pagi.

"Qantas akan menggantikan pesawat itu yang akan terbang ke Singapura malam ini dan berlepas esok," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

YB Baru Mahu Kotakan Janji

Artikel Berikut

Artikel Lain