suria

Pemandu Lori Dan Warga Indonesia Maut Dalam Kemalangan

IPOH: Seorang pemandu lori dan seorang warga Indonesia terbunuh dalam dua kemalangan di Telun Intan di sini awal pagi Khamis.

Dalam kejadian pertama seorang pemandu lori terbunuh selepas lori yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori lain di Km 24 Jalan Feri-Hutan Hutang Melintang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 4.20 pagi itu ialah Ismail Mohd Nor, 50, yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Katanya Ismail yang mengalami kecederaan cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

Bercakap kepada pemberita ketika dihubungi di sini hari ini beliau berkata, kejadian berlaku apabila Ismail yang dalam perjalanan dari Teluk Intan ke Klang dikatakan merempuh belakang sebuah lori di hadapan.

Sementara itu dalam satu lagi kejadian seorang lelaki warga negara Indonesia terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu di kawasan jalan Kampung, Teluk Buluh, Teluk Intan.

Goh Kok berkata lelaki yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi itu hanya di kenali sebagai Hery, 27, yang bekerja sebagai buruh binaan.

Menurutnya lelaki itu mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Teluk Intan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

YB Baru Mahu Kotakan Janji

Artikel Berikut

Artikel Lain