suria

Pejabat Agung PAS Diselubungi Asap Tebal

KUALA LUMPUR: Beberapa petugas di pejabat agung PAS di Jalan Raja Laut di sini sempat menyelamatkan diri apabila pejabat mereka di tingkat satu bangunan itu diselubungi asap tebal pada 8 pagi tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata asap tebal itu berpunca daripada kotak suis di tingkat satu yang terbakar.

Bomba menerima panggilan pada 8.41 pagi dan dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chow Kit dan Sentul dengan 16 anggota dihantar ke tempat kejadian.

"Setibanya di tempat kejadian didapati ruang pejabat itu telah dipenuhi asap, bagaimanapun kebakaran tidak begitu teruk," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

YB Baru Mahu Kotakan Janji

Artikel Berikut

Artikel Lain