suria

N45 Galas: Jangan Lakukan Provokasi, Ingatan Nik Aziz Kepada Ahli PAS

GUA MUSANG: Penyokong PAS dinasihat supaya bergerak secara semangat dakwah tanpa mencetuskan sebarang provokasi sepanjang tempoh mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang berlangsung pada Khamis.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, penyokong parti itu sentiasa mengamalkan budaya bersederhana sejajar dengan ajaran Islam.

"Saya sudah pesan kepada penyokong-penyokong PAS supaya bergerak secara bersederhana dan dakwah.

"Kita tak bertindak agresif, tak ada apa, hanya sederhana...kalau orang kacau kita, kita doa kepada Allah," katanya ketika ditemui selepas melawat pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra 1 di sini, Khamis.

Turut bersamanya ialah calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai komitmen PAS agar mematuhi peraturan pilihan raya yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak mencetuskan sebarang provokasi hingga menyebabkan gangguan terutamanya kepada pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Sebelum itu di luar kawasan pusat mengundi berkenaan berlaku insiden kecil pergaduhan antara penyokong PAS dan Barisan Nasional (BN).

Manakala di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Taman Sri Wangi turut berlaku kejadian tumbuk menumbuk kira-kira pukul 8.30 pagi antara penyokong kedua parti yang bertanding.

Bagaimanapun pergaduhan itu segera dileraikan pihak polis dan tiada sebarang kecederaan berlaku.

Artikel Sebelum

YB Baru Mahu Kotakan Janji

Artikel Berikut

Artikel Lain