suria

N45 Galas: Isteri Calon PAS Buat Laporan Polis Kertas Undi Tiada Lambang Parti

GUA MUSANG: Isteri kepada calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed mendakwa kertas undi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat mengundi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRKJC) Gua Musang tidak tercetak lambang parti yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Sebaliknya kertas undi yang diterima Zainab Jalar, 30, daripada kerani SPR di pusat mengundi berkenaan hanya tercetak nama dua calon yang bertanding iaitu calon Barisan Nasional (BN), Ab Aziz Yusoff dan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed.

Turut mengalami situasi yang sama ialah dua lagi pengundi iaitu Asmah Salleh dan Zaleha Salleh yang masing-masing mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Lepan Jaya dan SK Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Kesemua mereka merupakan penyokong PAS.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, ketiga-tiga individu berkenaan sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

"Kami berharap kertas-kertas undi berkenaan akan diterima oleh SPR kerana kesilapan berkenaan berpunca daripada pihak mereka," katanya di sini, Khamis.

Selain itu katanya PAS juga tidak menolak kemungkinan untuk memfailkan petisyen sekiranya parti itu tewas pada pilihan raya DUN Galas berdasarkan tiga laporan berkenaan.

Beliau turut menjangkakan lebih ramai lagi pengundi menghadapi masalah yang sama di peti-peti undi lain.

Artikel Sebelum

YB Baru Mahu Kotakan Janji

Artikel Berikut

Artikel Lain