Kemenangan Di Batu Sapi Dan Galas Bukti Keyakinan Rakyat Terhadap BN - Semasa | mStar

Kemenangan Di Batu Sapi Dan Galas Bukti Keyakinan Rakyat Terhadap BN

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas dan Parlimen Batu Sapi pada Khamis sebagai keyakinan rakyat terhadap hala tuju yang hendak dibawa oleh kerajaan BN.

"Ini khususnya dalam konteks transformasi yang sedang diperjuangankan oleh kerajaan BN dengan pembentangan perancangan yang begitu terperinci (detail) dan rapi sekali," kata Perdana Menteri kepada Bernama menerusi panggilan telefon di sini malam tadi.

Najib yang sedang bercuti sakit kerana demam cacar berkata beliau amat gembira dengan kemenangan tersebut dan menyifatkannya sebagai kemenangan rakyat dan pengundi di kedua-dua kerusi terbabit.

"Mereka telah meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada BN bagi membawa kemajuan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk di Batu Sapi dan Galas."

"Saya beri jaminan janji-jani BN di Galas dan Batu Sapi akan ditunaikan," katanya mengulas kejayaan BN mempertahankan kerusi Batu Sapi dengan majoriti lebih besar, dan memenangi semula kerusi Galas daripada PAS," katanya.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata beliau berharap kemenangan ini satu petanda baru bahawa proses pemulihan BN mencapai tahap yang begitu bermakna. Kita tidak akan anggap proses ini sudah berakhir."

"Proses ini sebagai satu perjalanan bagi memberi keyakinan yang BN mempunyai landasan yang betul bagi mengorak langkah yang lebih positif lagi," katanya.

Beliau berkata dengan membuat perubahan secara berterusan BN akan menjadi parti yang mendapat sokongan yang begitu kukuh dan padu.

Najib turut merakamkan terima kasih kepada jentera BN yang dipimpin timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Mereka telah berkerja dengan penuh semangat, dan menunjukkan komitmen yang begitu kental sehingga mencapai kejayaan di luar jangkaan sama sekali."

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada anggota parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang Ketua Umno Bahagian Gua Musang kerana menjadi pengarah jentera pilihan raya BN di Galas dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang mengetuai jentera pilihan raya BN di Batu Sapi.

Najib juga mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang masing-masing turut bertungkus lumus membantu di Galas dan Batu Sapi.

"Semua telah menunjukkan semangat sepasukan yang tinggi untuk mencapai kejayaan walau menghadapi saingan begitu sengit sekali," katanya. -BERNAMA.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Peniaga Bebas Tuduhan Rogol

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL