suria

Syarikat Pembinaan Didenda RM3,000 Kerana Curi Air

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pembinaan hari ini didenda RM3,000 di Mahkamah Sesyen di sini, kerana mencuri air dari Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi projek pembinaan apartmennya di Sri Hartamas.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menetapkan hukuman tersebut selepas Pengarah APG Geo Systems Sdn Bhd, Tham Kok Wah mengaku bersalah bagi pihak syarikat atas tuduhan membuat penyambungan paip secara haram dari sesalur utama Syabas, di Jalan Sri Hartamas 1, di sini pada 29 April, 2008.

Hakim juga memerintahkan hukuman penjara 10 hari jika Tham gagal membayar denda.

Pegawai Pendakwa V. Kirupakaran dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memberitahu mahkamah perbuatan itu telah menyebabkan Syabas kerugian kira-kira RM107,000. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain