BANJIR TERBURUK SEJAK TAHUN 2005 DI KEDAH, PERLIS

ALOR SETAR: Seramai 15,509 penduduk daripada 4,292 keluarga di beberapa daerah di Kedah dipindahkan ke pusat penempatan banjir akibat banjir yang disifatkan sebagai yang terburuk sejak tahun 2005.

Daripada jumlah itu 10,834 penduduk daripada 3,108 keluarga adalah dari daerah Kubang Pasu, manakala 3,478 mangsa daripada 927 keluarga adalah dari Padang Terap, 709 penduduk daripada 154 keluarga di Kota Setar dan 488 penduduk daripada 103 keluarga di Pokok Sena.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara, Ridwan Yahya memberitahu agensi berita nasional, BERNAMA, sebanyak 79 pusat penempatan mangsa banjir telah dibuka di keempat-empat daerah dan daripada jumlah itu, 31 di Kubang Pasu, 33 di Padang Terap, tujuh di Pokok Sena serta lapan di Kota Setar.

Sementara itu beliau berkata empat pusat di Padang Terap telah ditutup dan 166 penduduk daripada 42 keluarga telah pulang ke rumah masing-masing.

Antara kampung yang terbabit banjir di Kubang Pasu ialah, kampung Changkat Setoi, Paya Lantau, Malau, pekan Changlun, Jitra dan Kodiang, manakala bacaan paras air sungai Bata melepasi paras bahaya iaitu 10.22 meter (paras bahaya 9.14m). Di Padang Terap antara yang terlibat ialah Mani A, Mani B, Mani C, Tanjung, Labi, Kuala Janing, Felcra Tualak, Bendang Raja serta Padang Sanai.

Bacaan paras air Sungai Kuala Nerang telah melepasi paras bahaya iaitu 20.94 meter berbanding paras bahaya 17.07 meter manakala tiga lagi sungai iaitu Sungai Padang Sanai di paras 33.45m (paras bahaya 36m), Sungai Kubu di paras 15.50m (paras bahaya 13.02m) dan Sungai Naka di paras 31.97 (paras bahaya 33m).

Tinjauan Bernama di daerah paling teruk dilanda banjir iaitu Kubang Pasu mendapati air semakin naik walaupun hujan telah berhenti kerana aliran air yang datang dari daerah Padang Terap.

Sementara itu senarai jalan yang ditutup adalah seperti berikut: Daerah Kubang Pasu 1. Jalan Pauh - Changlun 2. Jalan Bukit Wang - Malau 3. Jalan Jitra - Kelubi 4. Jalan Jitra - Kodiang 5. Jalan Kampung Betung - Kampung Kanyau 6. Jalan Kampung Darat - Kampung Belihal 7. Jalan Jitra - Bukit Wang 8. Batu 4 Jalan Changlun - Kodiang 9. Km 28 Lebuhraya Utara Selatan (dekat Jitra) 10. Km10.2 Lebuhraya Utara Selatan (dekat Changlun). 11. Jalan Ulu Pauh - Changlun 12. Jalan Tanah Merah - Wang Tepuh.

Daerah Padang Terap: 1. Jalan Kuala Nerang - Padang Sanai 2. Simpang jelutung 3. Jalaan Semilang 4. Jalan Kampung Rambutan - Kuala Kajai 5. Jalan Kilang Gula Padang Terap - Kampung Pokka 6. Jalan Kampung Banggol - Padang Sanai 7. Jalan Kampung Padang Cenderai - Kampung Baru Ladang 8. Jalan Kampung Tanjung Kiri - Kampung Tanjung Kanan 9. Jalan Kampung Tualak 10. Jalan Kampung Kubu.

Sementara itu di Perlis lebih 4,500 orang telah dipindahkan ke kawasan selamat.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berkata mereka dipindahkan ke 35 pusat pemindahan dengan 2,548 mangsa di kawasan Kangar, 1,154 di kawasan Padang Besar dan 834 di kawasan Arau.

Pasukan penyelamat masih mengesan mangsa-mangsa yang perlu dipindahkan untuk dibantu. Sementara itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah turut meninjau beberapa pusat pemindahan banjir hari ini.

Antara pusat pemindahan yang dilawati baginda berdua ialah Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Jaafar Hassan, Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup dan Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain