suria

Pandikar Terima Kunjungan Delegasi Parlimen Eropah

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menerima kunjungan delegasi Parlimen Eropah di di bangunan Parlimen.

Delegasi diketuai Pengerusi Delegasi bagi Perhubungan dengan Negara-negara Asia Tenggara dan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (Asean), Werner Langen.

Ia bertujuan merapatkan hubungan antara Parlimen Eropah dan Parlimen Malaysia. Yang turut hadir dalam pertemuan itu ialah Duta Besar Kesatuan Eropah ke Malaysia, Vincent Piket.

Terdahulu Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan Kumpulan Persahabatan Perancis-Malaysia daripada Majlis Perhimpunan Kebangsaan.

Kunjungan diketuai pengerusi kaukus tersebut, Jean-Marie Le Guen.

Turut serta dalam kunjungan itu ialah Duta Perancis ke Malaysia, Marc Barety. -BERNAMA

Artikel Lain