suria

Lima Sekolah Di Kedah Ditutup Akibat Banjir

ALOR SETAR: Lima sekolah dan sebuah Pejabat Pedidikan Daerah (PPD) di Kedah ditutup Selasa kerana keadaan banjir di negeri itu semakin buruk.

Ketua Sektor Khidmat Pengurusan Pembangunan, Jabatan Pelajaran Negeri, Abdul Aziz Hassan berkata enam buah sekolah yang ditutup ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kodiang, Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Kemara Changlun, SK Jitra dan SK Hakim Teh manakala PPD yang ditutup adalah PPD Kubang Pasu.

"Tempoh penutupan ini bergantung kepada keadaan banjir," katanya.

Beliau berkata di Padang Terap, 11 buah sekolah terputus perhubungan fizikal. Lapan buah sekolah pula dijadikan pusat pemindahan banjir di tiga daerah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap dan Kota Setar. Hujan yang turun tanpa henti lebih 24 jam sejak Ahad lepas sehingga malam Isnin menyebabkan empat daerah di Kedah dilanda banjir. - BERNAMA

Artikel Lain