suria

Lima Didakwa Bunuh Penoreh Getah

MARANG: Lima lelaki termasuk seorang warga negara Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana dituduh membunuh seorang penoreh getah bulan lepas.

Mat Ubidi Osman, 39, Kamarulzaman Mamat, 25, Khairul Amililn Samsudin, 17, Mas Anuar Fauzi, 27, dan Roslan Ariffin, 24, warga negara Thailand, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Mereka, bersama seorang lagi yang masih bebas, dituduh membunuh Muda Mohd, 27, di kawasan kebun getah Kampung Lubuk Batu di sini, antara 10 pagi dan 11 pagi 19 Oktober lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Majistret Nor Azizah Yusoff menetapkan 28 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hazeelia Muhammad. -BERNAMA

Artikel Lain