suria

Wanita Dan Anak Lelaki Ditahan Cuba Seludup Dadah

MELBOURNE: Seorang wanita dan anak lelakinya ditahan kerana didakwa cuba menyeludup masuk dadah ke negara ini. Wanita berusia 55 tahun dan anak lelakinya berumur 28 tahun, kedua-duanya dari Campsie di baratdaya Sydney, ditahan Sabtu selepas polis merampas 168kg heroin dalam kontena perkapalan dari Malaysia ke Sydney.

Turut ditahan ialah seorang rakyat Hong Kong berusia 33 tahun, kata Australian Associated Press (AAP) yang memetik kenyataan Komander Polis Persekutuan Australia David Stewart.

Stewart berkata heroin itu dijumpai dalam beberapa beg dalam sebuah kontena pintu kayu pada 21 Oktober.

Heroin itu bernilai A$58.8 juta dalam bentuk asalnya, tetapi apabila ia diproses nilai pasarannya akan meningkat sehingga A$410 juta, kata Stewart.

Pegawai kastam membuat imbasan terhadap 295 pintu dan menemui 24 paket serbuk putih masing-masing dalam sembilan pintu dan 14 paket lagi ditemui dalam pintu lain, menjadi jumlah keseluruhan dadah yang ditemui ialah 230 paket. -BERNAMA

Artikel Lain