suria

Mahkamah Persekutuan Putuskan Raja Petra Bebas Dari ISA

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan Isnin membebaskan penulis kontroversi Raja Petra Raja Kamarudin daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana tempoh penahanannya adalah tidah sah lagi.

Mahkamah tersebut bersidang bagi menentukan permohonan rayuan Menteri Dalam Negeri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan penulis itu pada tahun 2008.

Raja Petra ditahan di bawah ISA selama 56 hari tetapi pada bulan November 2008, Hakim Mahkamah Tinggi Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membenarkan permohonan habeas corpus Raja Petra dengan alasan Menteri Dalam Negeri telah bertindak di luar bidang kuasanya.

Artikel Lain