Ku Li Nafi Dakwaan Khianat Orang Asli - Semasa | mStar

Ku Li Nafi Dakwaan Khianat Orang Asli

GUA MUSANG: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan dakwaan PAS yang mengatakan beliau mengkhianati Orang Asli di negeri ini.

Tengku Razaleigh berkata dakwaan bahawa beliau melarikan fail-fail mengandungi permohonan tanah golongan itu semasa membawa Semangat 46 keluar dari Angkatan Perpaduan Umah dan menyertai Umno adalah tidak benar sama sekali dan fail yang dikatakan itu juga sebenarnya tidak wujud.

"Benda ni tak betul... saya pun hairan mengapa orang yang mewakili parti Islam membuat pembohongan semacam itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pengundi Cina di Kampung Sungai Buru, Tanah Putih di sini malam Isnin.

Beliau berkata ketika itu terdapat ramai Orang Asli di Gua Musang dan beliau dipertanggungjawab untuk menjaga kebajikan masyarakat itu oleh Angkatan Perpaduan Umah yang ketika itu disertai PAS dan Semangat 46.

Bagaimanapun, katanya soal kebajikan Orang Asli termasuk soal pemberian tanah tidak pernah dibincangkan oleh jawatankuasa tertinggi gabungan parti itu yang turut disertai beliau dan Presiden PAS ketika itu Datuk Fadzil Noor.

Tengku Razaleigh berkata walaupun jentera PAS dilihat mula menyerang peribadinya, beliau tidak akan melakukan perkara yang sama terhadap calon PAS Dr Zulkefli Mohamad yang juga Pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang.

"Jika PAS nak serang (peribadi) itu mereka punya hal...dia tanggunglah (dosa)...kita hanya akan tetap menerangkan mengenai dasar kerajaan dan apa yang akan kita lakukan untuk kebajikan rakyat.

Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas Khamis ini menyaksikan pertandingan antara calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed, 44, dan calon Barisan Nasional Abdul Aziz Yusof, 49.

Kerusi DUN itu kosong ekoran kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima dari PAS akibat barah usus pada 27 Sept lepas. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.