suria

N45 Galas: PAS Dakwa BN Mula Sogok Pengundi

GUA MUSANG: PAS mendakwa Barisan Nasional (BN) mula menggunakan taktik kotor dengan memberi sogokan berupa yang tunai sehingga RM1,000 dan sebuah televisyen kepada pengundi dalam usaha untuk membeli undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Ngeri (DUN) Galas yang akan diadakan 4 November ini.

Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS bagi DUN Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, pihaknya mendapat maklumat awal berkenaan dan menjangkakan proses sogokan itu akan dimulakan BN bermula esok.

"Kita belum ada laporan rasmi, cuma kita dah pun menerima maklumat daripada pihak yang boleh dipercayai bahawa perkara ini akanberlaku mulai esok," katanya pada sidang media di marka PAS di sini, Ahad.

Sehubungan itu, PAS memberi amaran keras kepada pihak-pihak berkenaan bahawa parti itu akan bertindak dengan melakukan tangkapan awam jika petugas keselamatannya berjaya mengesan aktiviti tersebut, tegas Wan Abdul Rahim.

"Mana-mana pihak yang hadir ke semua peti undi (untuk menyogok) akan berdepan dengan pihak keselatan PAS yang telahpun diatur dan kami sudah bersedia membuat tangkapan awam.

"Apabila ada pihak yang menyogok, ada barang yang disogok dan ada pihak yang menerima sogokan, maka sudah cukup syarat untuk membuat tangkapan awam," katanya.

Ditanya sama ada tindakan untuk membuat tangkapan awam akan menimbulkan ketegangan antara petugas kedua-dua pihak, Wan Abdul Rahim berkata, perkara itu dijangka tidak berlaku kerana dipercayai bakal dilakukan oleh pihak yang bukan terdiri daripada jentera parti BN.

"Ini bukan melibatkan pekerja parti di pihak lawan. Ini adalah penjenayah melakukan sogokan yang bercanggah dengan akta kesalahan pilihan raya, yang semua pihak termasuk polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan beri kerjasama untuk banteras perbuatan sogokan ini.

"Pasukan keselatan ini sebenarnya membantu pihak-pihak berkenaan membanteras perbuatan berunsur sogokan dan penipuan dalam pilihan raya," katanya.

Artikel Lain