suria

JKM Terengganu Beku Cuti Kakitangan Jika Berlaku Banjir

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu akan membekukan cuti kakitangannya sebagai persediaan menghadapi banjir sekiranya hujan lebat di negeri ini sekarang tidak berhenti dan keadaan bertambah buruk.

Pengarah JKM negeri Zuhami Omar berkata, mengikut jangkaan Jabatan Meteorologi, banjir di Terengganu tahun ini dijangka lebih besar berbanding tahun lepas.

Menurutnya JKM baru saja selesai menghantar barang seperti beras, gula dan lain-lain barang keperluan mangsa banjir terutamanya di kawasan-kawaan mudah putus perhubungan seperti di pulau-pulau.

Beliau berkata pada tahun ini, pihaknya menyediakan antaranya 2,700 kampit beras, sardin 10,400 tin, gula 3,212 kilogram, kain batik 2,800 helai dan tuala 4,000 helai selain barangan keperluan bayi, katanya. Zuhami berkata JKM telah membelanjakan sebanyak RM600,000 untuk menyediakan keperluan awal bagi menghadapi banjir dan jumlah itu akan ditingkatkan mengikut keperluan.

Beliau berkata pada tahun ini, JKM menyediakan lebih 100 pusat pangkalan hadapan iaitu Kuala Terengganu (tiga), Kemaman (16), Dungun (10), Marang (14), Hulu Terengganu (33), Setiu (22) dan Besut (22).

JKM juga menyediakan 330 buah pusat pemindahan yang dapat menampung seramai 48,807 mangsa banjir. -BERNAMA

Artikel Lain