suria

N45 Galas: 4 Mahasiswa Ditahan Polis

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Mohammed Abdullah Sha'ani berbual dengan empat mahasiswa dari GAMIS iaitu (dari kiri) Muhammad Syahrul Deen Ahmad Rosli, Mohamad Rijaludeen Mohamad Anwar, Ahmad Syukri Abdul Razab dan Mohd Yusof Hadhari Saidon selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, Sabtu malam. - Foto THE STAR Oleh MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

GUA MUSANG: Empat anggota Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) termasuk Pengerusi Majlis Politik Nasional, Syukri Razak pada Sabtu ditahan polis sewaktu mengedarkan risalah di kawasan bandar di sini.

Menurut maklumat awal, Syukri bersama tiga yang lain iaitu Mohd Yusof Hadhari, Mohd Sharuldin dam Mohd Rijalludeen ditahan mengikut Seksyen 15(3) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Keempat-empat mereka dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Gua Musang bagi membantu siasatan.

Jurucakap GAMIS, Ahmad Shukri Kamarudin ketika dihubungi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, kumpulan berkenaan didatangi anggota polis berpakaian preman dengan mendakwa menerima aduan berhubung aktiviti mereka yang dianggap 'pengacau' di kawasan berkenaan.

"Anggota polis berkenaan mendakwa mereka menerima laporan daripada PAS dan Barisan Nasional (BN) serta penduduk setempat yang tidak senang dengan kehadiran kami di sini.

"Kami diberitahu bahawa pengadu-pengadu berkenaan menganggap kita sebagai 'pengacau' di kawasan ini," katanya.

Bagaimanapun Shukri berkata pihaknya musykil kerana polis tidak mempunyai bidang kuasa untuk menahan mahasiswa menggunakan AUKU.

"Polis tak ada kuasa nak tahan guna AUKU melainkan menerima arahan daripada Timbalan Naib Canselor universiti," katanya.

GAMIS menggerakkan seramai 200 anggotanya di Galas bermula hari ini sempena pilihan raya kecil kawasan berkenaan bagi menerangkan kepada rakyat mengenai beberapa dasar dan tindakan kerajaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain