suria

Korban Tsunami Indonesia Cecah 413 Nyawa, 298 Masih Hilang

PAGAI UTARA: Angka korban akibat bencana tsunami yang melanda barat Indonesia meningkat kepada 413 dengan 298 lagi masih hilang sehingga kini.

Pegawai pengurusan bencana Barat Sumatera Suryadi berkata, kebanyakan bantuan telah tiba di kawasan Sikakap di pulau Utara Pagai, namun pekerja kecemasan masih mengalami kesukaran menyampaikan bantuan berkenaan kepada mangsa yang paling memerlukan.

"Banyak bantuan telah tiba ke pulau itu. Malangnya jumlah bot tidak mencukupi untuk mengagihkan bekalan tersebut kepada kawasan terjejas dengan segera," katanya.

Bencana tsunami tersebut memaksa lebih 13,000 penduduk pulau Mentawai berpindah.

Perkhidmatan kecemasan di Indonesia terpaksa diperluaskan akibat letusan terbaru Gunung Merapi di Jawa tengah, di mana lebih 50,000 mangsa dipindahkan. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain