Jangan Panik Laporan Mengenai 'Superbug', Kata Liow - Semasa | mStar

Jangan Panik Laporan Mengenai 'Superbug', Kata Liow

SANDAKAN: Rakyat Malaysia tidak perlu panik dengan laporan mengenai kes "superbug" pertama yang dikesan pada seorang wanita berusia 24 tahun, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata pesakit tersebut merupakan satu-satunya pembawa bakteria yang kebal kepada hampir semua antibiotik itu, dan dia telah sembuh selepas menerima rawatan daripada sebuah hospital.

"Kami telah mengeluarkan bakteria berkenaan dari tubuhnya dan ia tidak berjangkit kepada pekerja kesihatan atau pesakit lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Karnival Kesihatan di Klinik Desa Karamunting di sini, Sabtu.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, superbug atau nama saintitiknya, NDM-1 (New Delhi metallo-lactamase-1), ialah sejenis enzim yang mampu memusnahkan hampir semua antibiotik serta menjadikan mereka tidak berkesan. Berikutan pengesanan kes pertama itu, Liow berkata semua hospital dan klinik telah diarah mematuhi secara ketat, garis panduan dalam pemberian antibiotik kerana bakteria berkenaan kebal terhadap ubat berkenaan dan boleh membiak.

Mula dikesan di India dan Pakistan, superbug dilaporkan telah mengakibatkan kematian seorang lelaki Belgium selain menjangkiti beberapa orang lagi dari Britain, Australia dan Amerika Syarikat yang berkunjung ke kedua-dua negara untuk melakukan pembedahan.

Mangsa dari Belgium dilaporkan dijangkiti bakteria itu selepas menerima rawatan sebuah hospital di Pakistan untuk kecederaan di kaki akibat kemalangan kereta.

Dalam perkembangan lain, Liow turut mengumumkan bahawa sebuah klinik bergerak akan dibuka di Sandakan, manakala Klinik Desa Karamunting akan dinaik taraf.

Selain itu, Kementerian Kesihatan akan mengkaji permohonan bagi menempatkan lebih ramai pakar di Hospital Duchess of Kent di sini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Jadual Pemilihan Parti Keadilan Rakyat PKR

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain