suria

Isteri Maut Dalam Kemalangan Di Tapah, Suami Pula Cedera

IPOH: Seorang wanita terbunuh manakala suaminya cedera apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Km 332 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Tapah, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Roslan Bek Ahamd berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 4.37 petang tadi ialah Hong Ying Yin, 29, berasal dari Kuala Lumpur.

Mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat, katanya.

Roslan berkata, suami mangsa Chan Sau Yan, 32, seorang pengusaha kedai menjual alat ganti kereta cedera di kepala dan dirawat di hospital yang sama.

Beliau berkata pasangan suami isteri itu dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke Kuala Lumpur apabila kereta jenis Toyota Vios yang dipandu Chan dikatakan gagal dikawal lalu terbabas dan merempuh penghadang tepi jalan dalam keadaan hujan lebat.

Kedua-duanya tersepit di dalam kereta yang kemudiannya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain