suria

Imigresen Johor Tahan 24 Wanita GRO Dan Tiga Lelaki Filipina Dalam Serbuan

JOHOR BAHARU: Jabatan Imigresen Johor menahan 24 wanita pelayan pelanggan (GRO) dan tiga lelaki, semuanya warga Filipina, dalam satu operasi di sebuah pusat hiburan di Permas Jaya di sini, awal pagi ini.

Ketua Bahagian Penguatkuasanya Masri Adul berkata semua mereka yang berumur antara 20 dan 31 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 39(b), Akta Imigresen 1959/1963 kerana menyalahguna pas lawatan sosial untuk berkerja di Malaysia, dan mereka ditahan dalam 'Ops Sayang' yang bermula dari pukul 1 pagi.

"Kami juga menahan seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang dipercayai pemilik pusat hiburan itu bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Operasi itu disertai 33 anggota penguatkuasa dan pegawai jabatan imigresen. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain