Caj Jalur Lebar Masih Berpatutan Dan Mampu Dimiliki Rakyat - Semasa | mStar

Caj Jalur Lebar Masih Berpatutan Dan Mampu Dimiliki Rakyat

KUCHING: Kadar caj perkhidmatan jalur lebar yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi yang sedia ada ketika ini masih lagi berpatutan mengikut kapasiti yang disediakan, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum.

Beliau berkata jika rakyat betul-betul faham dan tahu faedah yang diperoleh daripada perkhidmatan jalur lebar ia sebenarnya jauh lebih murah daripada apa yang mereka jangkakan sebelum menggunakan perkhidmatan tersebut.

"Kadar caj yang dikenakan tidaklah terlalu mahal ia bergantung kepada kapasiti perkhidmatan jalur lebar tersebut.

"Samalah seperti kita menggunakan perkhidmatan tol di lebuh raya, berbeza caj mengikut jenis kenderaan dan caj jalur lebar ini juga lebih murah berbanding belanja membeli rokok untuk sebulan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian karnival jalur lebar 1Malaysia yang telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Padang Merdeka di sini Sabtu.

Katanya kerajaan yakin dengan bertambahnya syarikat yang menawarkan perkhidmatan jalur lebar, ia dijangka mampu untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar sebanyak 53.3 peratus di peringkat nasional dan 27 peratus untuk di Sarawak.

Menurutnya kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut menyediakan pusat jalur lebar komuniti di kawasan luar bandar yang hanya mengenakan caj RM1 untuk setiap pengguna yang menjadi ahli.

Dalam pada itu Salang juga mahu rakyat menggunakan sepenuhnya perkhidmatan jalur lebar dengan pengisian yang lebih berfaedah untuk pembangunan dan kemajuan negara.

Katanya kerajaan telah berbelanja besar untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur jalur lebar di seluruh negara selain pelbagai kempen untuk memberi kesedaran betapa pentingnya perkidmatan jalur lebar dalam kehidupan rakyat hari ini.

"Kita telah membina lebuh raya yang cantik (jalur lebar) kalau perkhidmatan ini tidak digunakan ibarat jalan raya yang luas, tetapi tidak ada kereta," kata Salang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

GALAS: Ku Li Jawab Wan Rahim...

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?