BN Dilihat Dapat Sokongan Di Galas Dan Batu Sapi, Kata Muhyiddin - Semasa | mStar

BN Dilihat Dapat Sokongan Di Galas Dan Batu Sapi, Kata Muhyiddin

SANDAKAN: Maklum balas orang ramai terhadap kempen-kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri di Galas dan pilihan raya kecil Parlimen di Batu Sapi ketika ini cukup baik, dan sokongan dilihat berpihak kepada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun menurutnya beliau tidak dapat membuat andaian sekiranya pengundi di kedua-dua kawasan itu akan memberi majoriti besar kepada calon BN, dan menurutnya BN masih perlu bekerja lebih keras lagi untuk kedua-dua kawasan berkenaan.

"Jelas rakyat di kedua-dua kawsan pilihan raya mahu BN membantu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Penjawat Awam di sini, Sabtu.

Katanya beliau berpendapat ini kerana orang ramai sedar bahawa sekiranya mereka mengundi pembangkang, apa jua kemajuan yang mereka harapkan di kawasan mereka, mungkin tidak ditunaikan.

Hari pengundian kedua-dua pilihan raya kecil itu ditetapkan pada 4 November ini dengan kerusi Parlimen Batu Sapi menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin, calon Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan calon Parti Pakatan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah, manakala kerusi DUN Galas menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Abdul Aziz Yusof, dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad.

Sementara itu Muhyiddin berkata pengundi sekarang lebih pragmatik serta berfikiran realistik dan akan memilih seseorang yang mampu menyuarakan masalah serta kehendak mereka di peringkat Parlimen.

"Sekarang ini ada perubahan atau transformasi dalam kerajaan, ia satu rancangan yang memberi manfaat kepada rakyat. Hal-hal seperti ini memberikan pengundi satu kesedaran baru bahawa adalah baik mereka menyokong parti yang mempunyai keupayaan dan sumber untuk membela mereka," katanya.

Sementara itu Muhyiddin berkata beliau melihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai sebuah parti yang semakin roboh apabila semakin ramai anggota parti itu meninggalkan parti dewasa ini.

"Pemimpin lama yang mengasaskan PKR sendiri pun dah meninggalkan parti. Mereka tidak lihat PKR berwibawa, integriti pemimpin dipersoalkan, dasar-dasar mereka pun mungkin tidak adil," katanya.

Muhyiddin berkata beliau merasakan lebih ramai lagi akan keluar parti itu nanti. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Spurs pecat Pochettino!