suria

Belum Ada Petunjuk Punca Kebakaran 12 Bas Ekspres Budaya

KOTA BAHARU: Polis masih belum mempunyai petunjuk bagi menentukan punca kebakaran 12 buah bas Ekspres Budaya di depoh simpanannya di Kampung Panji, Pengkalan Chepa tengah malam Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Asisten Komisioner (ACP) Zahruddin Abdullah berkata setakat ini kes itu masih dalam siasatan bagi menentukan sama ada ia melibatkan unsur jenayah atau kemalangan biasa.

“Kami belum mempunyai sebarang petunjuk. Kami sedang menunggu laporan jabatan berkaitan seperti Jabatan Kimia, Bomba dan Penyelamat bagi membantu siasatan," katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas mengenai kebakaran bas-bas milik Syarikat Transline tersebut yang dikatakan mengalami kerugian lebih RM2 juta.

Zahruddin berkata pihaknya turut menyiasat pihak pengurusan syarikat bas berkenaan.

“Apapun kita sedang menunggu laporan dari pihak pakar yang berkaitan dengan kenderaaan yang boleh membantu kami dalam siasatan.

“Ini kerana kes ini bukanlah kecil, tetapi melibatkan kerugian besar yang dialami syarikat,” katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain