suria

Polis Minta Saksi Kemalangan Maut Tampil Bantu Siasatan

KUALA LUMPUR: Polis hari ini meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan maut membabitkan dua buah kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan Maarof Bangsar, di sini Ahad lepas supaya tampil untuk membantu siasatan.

Ketua Cawangan Trafik Kuala Lumpur ASP Foo Chek Seng berkata kemalangan yang berlaku kira-kira 4.45 pagi itu melibatkan kereta Proton Wira berwarna putih dan Mercedes Benz berwarna perak.

"Salah seorang pemandu maut di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan, di sini, Jumaat.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh hubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Afifi Zulhasni Mohamad Ali di talian 03-20719999. -BERNAMA

Artikel Lain