LDP Rayu Pengundi Cina Undi Barisan Nasional - Semasa | mStar

LDP Rayu Pengundi Cina Undi Barisan Nasional

SANDAKAN: Dengan kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi memasuki hari keempat, rayuan dikeluarkan kepada lebih 9,000 pengundi Cina di kawasan itu supaya mengundi calon Barisan Nasional (BN) DAtin Linda Tsen Thau Lin dari Parti Bersatu Sabah (PBS).

Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) Datuk V.K Liew, satu komponen BN, menggariskan tiga sebab utama kenapa penduduk Batu Sapi tidak patut mengundi Datuk Yong Teck Lee dari Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Ansari Abdullah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pertandingan tiga penjuru itu.

"Pertama, kedua-dua mereka tidak ikhlas untuk berkhidmat kepada pengundi di Batu Sapi. Mereka telah menyatakan bahawa mereka hanya mahu menggunakan pilihan raya kecil itu bagi mengukur populariti mereka.

"Pada satu peringkat, Yong malah berkata bahawa beliau mahu melihat peratusan Melayu atau Cina mengundinya. Dia kemudian akan menggunakannya sebagai satu anggaran untuk melihat bagaimana pengundi Sabah akan mengundi beliau dan SAPP pada pilihan raya umum ke-13.

"Ini benar-benar satu penghinaan kepada pengundi Batu Sapi memandangkan Yong semata-mata menggunakan mereka untuk mengukur kekuatannya dan tidak lebih daripada itu," katanya kepada Bernama, di sini, Jumaat.

Lew berkata begitu juga dengan Ansari yang menggunakan pilihan raya kecil ini bagi menyelamatkannya untuk kelangsungan hidupnya dalam partinya sendiri.

"Kita telah melihat bagaimana beliau dipilih oleh pimpinan PKR dan ini dilakukan dengan begitu banyak perbalahan antara dua kem dalam PKR. Ini dapat dilihat dengan jelas di lapangan terbang Sandakan apabila kem PKR yang menentangnya secara terbuka berbalah dengan penyokong Ansari.

Selain itu, Liew, yang juga Anggota Parlimen Sandakan berkata rekod kerja Yong juga lemah sebagai ketua menteri Sabah apabila SAPP berada di dalam komponen Barisan Nasional sebelum beliau menarik diri dua tahun lalu. Yong adalah ketua menteri dari 1996 hingga 1998.

Katanya rakyat Sabah juga telah melihat sejak beberapa hari lepas bagaimana Yong mewujudkan "pakatan" dengan pimpinan atasan PKR malah menjadikan slogannya "Sabah Untruk Rakyat Sabah" sebagai satu retorik kerana "Yong telah berkata bahawa beliau boleh melakukannya tanpa parti yang berpangkalan di Malaysia Barat kerana 'persetujuan'nya dengan PKR membuktikan sebaliknya.

"Alasan Yong bahawa dia mahu berjuang demi hak rakyat Sabah dan menjadi wakil bagi rakyat Sabah di Parlimen, adalah lemah kerana satu sebab mudah, SAPP sudah ada dua Anggota Parlimen.

Adakah beliau menyatakan bahawa kedua-dua MP itu tidak berguna dan tidak efektif menyuarakan masalah rakyat Sabah di Parlimen? Sudah jelas bahawa Yong tidak yakin dengan MPnya sendiri," katanya.

Mengenai calon BN, Liew berkata walaupun Tsen boleh menolak pencalonan tetapi beliau menerima kerana "keinginannya yang membara" untuk meneruskan tugas mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong Ket Wah, yang belum selesai.

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian Chong, dalam nahas jalan raya pada 9 Oktober.

Liew berkata keinginan untuk berkhidmat kepada penduduk Batu Sapi yang membezakan antara beliau dengan kedua-dua calon pembangkang.

"Linda Tsen kini menjadi ikon bagi kaum wanita yang walaupun berdepan dengan kesulitan dalam hidup tetapi mampu meneruskan sisa-sisa kehidupannya.

"Ia bukan mudah bagi beliau tetatpi saya tidak ragu-ragu bahawa wanita terutama di Batu Sapi dan Sabah amnya akan menyokong beliau. Apa yang penting, biarkan beliau meneruskan usaha yang ditinggalkan mendiang suaminya bagi berkhidmat kepada penduduk Batu Sapi," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Chong mendapat 9,479 undi menewaskan calon Bebas Dr Chung Kong Wing dengan majoriti 3,708 undi. Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi termasuk 1,535 pengundi pos.

Sejumlah 15,099 atau 59.02 peratus pengundi adalah Bumiputera Islam, 689 Bumiputera bukan Islam (2.69 peratus), 9,737 Cina (38.06 peratus) dan lain-lain, 57 (0.22 peratus). -BERNAMA

Artikel Sebelum

Konvoi Jelajah 1Malaysia Berlepas Ke Kelantan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain