suria

Puteri Kenal Pasti 115 Pengundi Bantu BN Kibar Sayap Tawan Galas

GUA MUSANG: Puteri Umno mengenal pasti seramai 115 pengundi berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, yang bakal membantu jentera Barisan Nasional (BN) mengibarkan sayap menawan kawasan itu.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, melalui gerakan yang telah dirancang dan dilaksanakan secara agresif, beliau yakin jumlah pengundi itu mampu menyumbang dan membantu BN mencapai kemenangan.

"Puteri Umno telah mengenalpasti seramai 250 pengundi puteri di Dun Galas, daripada jumlah itu 115 merupakan jumlah pengundi yang akan menyokong penuh terhadap BN," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, Puteri telah mengadakan pertemuan tiga peringkat iaitu nasional, negeri dan rakyat selain perjumpaan bersama pemimpin peringkat cawangan dan peti undi.

"Melalui pertemuan itu dapat dilihat semangat Puteri yang begitu memberangsangkan, dapat dirasakan aura Puteri di Galas untuk melihat kawasan mereka diambil alih oleh Barisan Nasional, dengan membantu menggerakkan jentera BN dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 4 November.

Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, sebagai sayap penting BN, Puteri kini telah bersiap sedia dalam melaksanakan gerak kerja yang memfokuskan dua perkara iaitu pengundi muda dan program di peringkat peti undi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain