suria

Penyelaras Acara Miliki Ganja Dipenjara

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, memerintahkan seorang penyelaras acara menjalani hukuman penjara selama lapan tahun dan disebat 10 kali, selepas mengaku bersalah memiliki ganja.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad menjatuhkan hukuman itu tehadap Sallehuddin Hamdan, 39, yang membuat pengakuan itu terhadap pertuduhan pilihan yang ditawarkan kepadanya.

Pertuduhan pilihan ditawarkan selepas seorang saksi pendakwaan selesai memberi keterangan.

Dia didakwa memiliki 416 gram ganja pada pukul 11.45 malam, 9 Mei 2009 di rumah nombor 3, Jalan SS17/D, Subang Jaya, dekat sini. Selain itu, Asmabi turut menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap tertuduh bagi kesalahan memiliki 3.31 gram dadah sama di tempat dan pada waktu yang sama.

Bagaimanapun, hukuman bagi kedua-dua tuduhan itu diarahkan berjalan serentak daripada tarikh tertuduh ditangkap, iaitu pada hari kejadian.

Peguam Ghazali Mohd Taib memohon mahkamah mempertimbangkan faktor bahawa tertuduh telah bekerjasama dengan polis semasa tangkapan dibuat.

“Tertuduh tidak melarikan diri semasa sebuan, malah dialah yang telah membuka pintu,” katanya dan menambah tertuduh telah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan di masa hadapan.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Wan Zuraida Wan Nawan mula memohon hukuman setimpal dijatuhkan kerana kesalahan berkaitan dadah semakin berleluasa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain