Pengganas: Ramai Lagi Warga Asing Ditahan - Semasa | mStar

Pengganas: Ramai Lagi Warga Asing Ditahan

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberitahu terdapat beberapa tahanan lagi di kalangan warga asing yang mempunyai kaitan secara langsung dengan kegiatan pengganas.

Bagaimanapun Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein enggan mengulas lanjut dan membiarkan pihak polis memaklumkan perkara itu dalam waktu terdekat.

“Mereka (tahanan) sudah diawasi sejak beberapa bulan dan tindakan akan diambil. Kaedahnya mudah. Jika mereka adalah warga asing, kita akan tangkap dan kita tahan.

“Kita akan menghubungi pihak berkuasa negara berkenaan dan usir keluar daripada negara kita. KDN meletakkan kepentingan rakyat dan negara masing-masing sebagai keutamaan,” katanya kepada sidang media di lobi Parlimen di sini pada Rabu.

Berhubung aktiviti pengganas, polis sebelum ini menahan seramai tujuh pegawai Imigresen ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan warga asing ke negara ini.

Penglibatan mereka yang turut menahan dua warga asing disyaki bersekongkol dengan ketua-ketua sindiket antarabangsa yang sangat berbahaya serta boleh memudaratkan keselamatan negara.

Kegiatan itu bukan sahaja melibatkan penyeludupan manusia melalui pintu masuk utama tetapi juga terdedah kepada pelbagai jenayah serius lain seperti aktiviti pengganas, penyeludupan senjatan api, dadah dan pengintipan.

Hishammuddin sebelum itu dalam Dewan Rakyat berkata, jumlah warga asing yang ditahan di 12 depot seluruh negara sejak Januari sehingga 22 Oktober lalu adalah seramai 60,377 orang.

“Warga asing yang melarikan diri dari depot tahanan tempoh hari sebenarnya bukanlah tahanan tetapi mereka adalah mangsa pemerdagangan orang yang ditempatkan untuk perlindungan di depot KLIA.

“Seramai 36 orang tahanan atau 0.06 peratus sahaja telah melarikan diri daripada tahanan berbanding jumlah keseluruhan katanya yang menjawab soalan lisan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang meminta beliau menyatakan bilangan tahanan warga asing di depot tahanan seluruh negara.

Bagaimanapun katanya, KDN memandang serius kejadian ini dan sentiasa terus memantapkan aspek pengurusan keselamatan di depot.

“Langkah-langkah keselamatan yang diambil adalah meningkatkan langkah pemulihan dan pencegahan serta membentuk mekanisme baru secara bersepadu dalam menguruskan depot.

“KDN juga bersetuju untuk menghantar lima pasukan ke luar negara iaitu Australia, Holland, Dubai, Hong Kong dan Thailand bagi menjalankan kajian berkaitan pengurusan depot di negara berkenaan dalam usaha menambahbaik pengurusan depot di negara ini,” katanya.

Artikel Sebelum

Penemuan Luar Biasa di Lembah Amazon

Artikel Berikut

Pengundi Muda Tumpuan Di Batu Sapi

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain