suria

Mayat Wanita Warga Emas Ditemui Di Sungai Melaka

MELAKA: Mayat seorang wanita warga emas dipercayai lengkap berpakaian ditemui di Sungai Melaka berhampiran Kampung Morten di sini petang pada Selasa.

Ketua Balai Polis Melaka Tengah ASP V. Gunasegaran berkata tiada sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat wanita berumur sekitar 60an itu.

Gunasegaran meminta orang ramai yang kehilangan sanak saudara supaya menghubungi beliau di talian 012-6317475 atau Balai Polis Melaka Tengah di talian 06-2842222. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain