suria

Polis Tahan Warga Emas Disyaki Jual Mercun

LUMUT: Pasukan Gerakan Marin (PGM) Perak menahan seorang lelaki warga emas dan merampas 13 jenis mercun dan bunga api bernilai RM15,000 di Kampung Datuk Seri Kamaruddin, Seri Manjung, di sini, pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Perak, DSP Shaari Ariffin berkata atas maklumat orang ramai, pihaknya menyerbu rumah lelaki berusia 65 tahun itu pada pukul 9.30 pagi Isnin.

"Siasatan mendapati warga emas itu menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis mercun dan bunga api kepada pelanggan tetapnya," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu menjual dan menyimpan mercun dan bunga api yang dilarang. - BERNAMA

Artikel Lain