Polis Jumpa Rangka Lengkap Berpakaian, Berkasut - Semasa | mStar

Polis Jumpa Rangka Lengkap Berpakaian, Berkasut

KUALA LUMPUR: Polis menemui rangka manusia, dipercayai lelaki, yang lengkap berpakaian dan berkasut di kawasan mengorek pasir di belakang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata rangka itu ditemui orang awam kira-kira 5 petang Isnin.

"Rangka manusia itu ditemui dengan berseluar jeans biru, manakala warna bajunya tidak jelas disebabkan kesan lumpur," katanya kepada Bernama malam Isnin.

Beliau berkata siasatan awal mendapati tiada sebarang pengenalan diri ditemui. Abdul Rahim berkata rangka tersebut telah dihantar ke Hospital Selayang.

"Rangka itu dijangka berada di situ selama 10 hingga 15 hari, dan perlu dirujuk untuk pemeriksaan Jabatan Patologi Kimia. Kita akan menunggu keputusan pihak hospital," katanya.

Buat masa ini, beliau berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Polis Belum Terima Permohonan Permit Ceramah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain