Polis Belum Terima Permohonan Permit Ceramah - Semasa | mStar

Polis Belum Terima Permohonan Permit Ceramah

GUA MUSANG: Polis belum menerima permohonan permit ceramah daripada mana-mana parti politik sehingga proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas berakhir pada pukul 11 pagi ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sehubungan itu polis akan bertindak menghentikan ceramah sekiranya ada parti-parti politik mengadakan ceramah malam ini.

"Setakat ini belum ada permohonan dari mana-mana parti politik. Jika dibuat tanpa permit, kami akan minta mereka hentikannya segera," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas selesai proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang di sini, hari ini.

Beliau berkata, walaupun polis menetapkan tempoh sehari untuk memberikan kelulusan, pihaknya memberi kelonggaran dan akan mengeluarkan permit itu dengan kadar segera buat parti-parti yang bertanding dan ingin berkempen malam ini sekiranya permit dipohon petang ini.

Pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 46, dari PAS yang meninggal dunia pada 27 September lalu akibat penyakit kanser usus.

Pilihan raya ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Abdul Aziz Yusof, 49, dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad, 44.

Sementara itu Abdul Rahim berkata, bagi memastikan kempen pilihan raya berjalan lancar parti-parti bertanding dinasihatkan meneruskan budaya baik yang ditunjukkan semasa penamaan calon hari ini kerana sepanjang proses lebih lima jam itu tiada sebarang insiden buruk berlaku.

"Pada pandangan saya sebagai Ketua Polis Negeri saya dapati inilah hari penamaan calon yang amat baik dan amat harmoni yang ditampilkan parti-parti yang akan bertanding," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain