Lupus Bukti: Remaja Kemuka Rayuan Berhubung Sabitan, Hukuman - Semasa | mStar

Lupus Bukti: Remaja Kemuka Rayuan Berhubung Sabitan, Hukuman

SHAH ALAM: Seorang remaja yang dipenjara tujuh tahun selepas mengaku melupuskan bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, hari ini mengemukakan rayuan berhubung sabitan dan hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.

Bekas mekanik iaitu K.Saravanan, 19, memfailkan rayuan itu melalui firma Tetuan A S Dhaliwal di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah di sini.

Pada 15 Oktober lepas, Saravanan dan V. Suresh, 26, masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Teluk Datuk, Banting selepas mengaku bersalah.

Dalam notis rayuannya, Saravanan menyatakan dia tidak berpuas hati dengan keputusan Majistret Hurman Hussain.

Peguam Avtar Singh Dhaliwal yang menerima arahan keluarga Saravanan untuk memfailkan rayuan itu, memberitahu Bernama bahawa Mahkamah Tinggi belum menetapkan tarikh untuk mendengarnya.

Saravanan dan Suresh masing-masing menghadapi tujuh pertuduhan melupuskan bahan bukti mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan dan Hurman menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap mereka bagi setiap kesalahan, serta memerintahkan mereka menjalani hukuman itu secara serentak, yang bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 9 September tahun ini.

Mereka adalah antara lapan yang ditahan polis antara 9 dan 12 September berhubung kes kehilangan Sosilawati dan tiga lelaki pada 30 Ogos lepas.

Saravanan didakwa melupuskan bahan bukti dengan membakar mayat Sosilawati, 47, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu peribadi Kamaruddin Shansuddin, 44,

Mayat kesemua mangsa dibakar di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam, pada 30 Ogos.

Suresh pula didakwa melupuskan bahan bukti dengan membuang abu mayat mangsa ke dalam Sungai Panchau, Jalan Morib-Banting, antara 8 pagi dan 10 pagi, pada 31 Ogos.

Pada 13 Oktober lepas, peguam N.Patmanabhan dan tiga pekerja ladang iaitu T.Thilaiyalagan, 19, R.Matan, 20, dan R.Khatavarayan, 30, didakwa di Mahkamah Majistret yang sama atas pertuduhan membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain