suria

Lima Kawasan Catat Udara Sederhana, Kawasan Lain Baik

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di kebanyakan tempat di seluruh negara sehingga pukul 5 petang ini adalah baik kecuali lima kawasan yang mencatatkan kualiti udara sederhana, menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), hari ini.

Lima kawasan itu ialah Pasir Gudang yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU)(59), Muar (56), Bintulu (59), Nilai (58) dan Seremban (57).

Sementara itu 40 kawasan mencatatkan bacaan IPU baik, antaranya Sri Aman (18), USM, Pulau Pinang (26), Kemaman (32), Bukit Rambai (39) dan Kampung Air Putih, Perak (40).

Turut merekodkan bacaan IPU baik ialah Kuala Selangor (41) Tanah Merah (42) dan Putrajaya(43).

Bacaan IPU antara 0-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). - BERNAMA

Artikel Lain