suria

Fakta Pilihan Raya Kecil Galas

GUA MUSANG: Berikut beberapa fakta mengenai pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan N45 Galas.

Kawasan : N45 Galas

Calon BN : Abdul Aziz Yusoff, 49, bekas pengurus pejabat operasiLembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar)

Calon PAS : Dr Zulkefli Mohamad, 44, Pengamal perubatan

Penyandang :Chek Hashim Sulaima, 46, (PAS) (Chek Hashim meninggal dunia akibat kanser usus pada 27 September lalu memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mac 2008 menewaskan calon BN Mohamed Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi)

Jajahan : Gua Musang

Jumlah pengundi : 11,553 (127 pengundi pos)

Komposisi : Melayu 7,125 orang (61.7 peratus), kaum Cina 2,317 (20.06 peratus), India (185 orang), Orang Asli (1,889 orang) dan Bumiputera Siam 10 orang.

Kegiatan ekonomi : Pertanian dan Perniagaan Pegawai Pengurus P/Raya : Wan Mustapha Wan Abdul Hamid

Hari pengundian : 4 November 2010

Bil saluran mengundi : 25

Bil pusat mengundi : 13

Bil daerah mengundi menggunakan khidmat helikopter: 4 daerah Orang Asli (Belatim, Balar, Bihai, Hau)

Pusat penjumlahan undi : Dewan Pusat Sivik Gua Musang, Jalan Pesiaran Raya, Gua Musang.

-BERNAMA

Artikel Lain