suria

Aziz Minta Pengundi Bijak Pilih Wakil Rakyat

GUA MUSANG: Calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Abdul Aziz Yusoff mahu pengundi di DU Ntersebut membuat pilihan yang bijak dalam memilih wakil rakyat yang boleh berjasa dan membawa pembangunan kepada mereka.

Katanya beliau tidak mahu penduduk tersalah pilihan seperti yang berlaku dalam pilihan raya umum 2008, dan menurutnya kini sudah sampai masanya pengundi membuat penentuan terbaik kerana hanya BN sahaja yang dilihat mampu membawa segala pembangunan di kawasan itu.

"Semua boleh lihat sendiri bagaimana kemajuan yang dinikmati di negeri-negeri lain di bawah kepimpinan BN, dan saya tidak mahu penduduk Galas ini terus ketinggalan selepas ini," kata Setiausaha Umno bahagian Gua Musang itu kepada Bernama di sini hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan pada 4 November ini berikutan kematian penyandangnya (PAS) Chek Hashim Sulaima, 46, yang meninggal dunia akibat barah usus pada 27 September lepas.

Abul Aziz berkata setiap penduduk seharusnya jangan mudah terpedaya dengan janji kosong pemimpin PAS yang hanya cuba mempengaruhi undi sahaja, namun tidak dapat membuktikan kejayaan dalam membawa kemajuan. - BERNAMA

Artikel Lain