suria

Pelajar Didakwa Merogol

KLANG: Seorang pelajar Tingkatan Lima mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas tuduhan merogol seorang remaja di bawah umur.

Pengakuan salah remaja itu direkodkan di hadapan Majistret Afifah Mamat @ Yusof.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 15 tahun 11 bulan pada antara pukul 3 dan 7 petang, antara pertengahan Ogos dan Oktober lalu di sebuah rumah di Sungai Udang, di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hassim mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Afifah menetapkan 11 November ini untuk remaja tersebut yang ditangkap pada 15 Oktober lalu melantik peguam.

Artikel Lain