BN Tidak Ambil Ringan Pilihan Raya Kecil Batu Sapi - Shafie - Semasa | mStar

BN Tidak Ambil Ringan Pilihan Raya Kecil Batu Sapi - Shafie

SANDAKAN: Naib presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Barisan Nasional (BN) tidak akan mengambil ringan pilihan raya kecil Batu Sapi sebaliknya akan berusaha meyakinkan pengundi supaya memilih calon BN.

Shafie berkata walaupun jumlah pengundi Bumiputera di kawasan Parlimen Batu Sapi hampir 60 peratus namun jentera pilihan raya BN masih perlu bekerja keras bagi mempertahankan kerusi berkenaan.

"Peratusan tinggi pengundi Bumiputera sahaja tidak menjamin kemenangan BN...kita perlu mendekati pengundi," katanya, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Seminar Keusahawanan MARA di sini pada Isnin.

Pilihan raya kecil Batu Sapi diadakan selepas kematian penyandangnya Datuk Chong Ket Wah akibat kemalangan jalan raya pada 9 Okt lalu.

BN telah memilih Datin Linda Tsen Thau Lin, 54, iaitu balu mendiang Edmund Chong sebagai calonnya manakala Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan rakyat (PKR) memilih Datuk Yong Teck Lee dan Ansari Abdullah sebagai calon masing-masing.

Hari penamaan calon akan diadakan di Dewan Komuniti Sandakan di sini esok manakala hari pengundian pula pada 4 Nov ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain