suria

433 Bahagian Hidupan Liar Dirampas Di Chow Kit

KUALA LUMPUR: Perhiasan daripada buaya, tanduk rusa, duri landak, kulit dan gigi harimau, gading gajah dan taring babi hutan adalah antara barangan yang dirampas di sebuah premis perniagaan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Chow Kit pada Ahad.

Kesemua 433 item dari badan-badan binatang liar tersebut dirampas di atas kaunter premis dan di dalam sebuah kenderaan yang diletak di kawasan parkir di situ.

Menurut Perhilitan, pemilikan item itu dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76).

Sehubungan penemuan barangan tersebut, dua suspek dari Taman Kosas, Ampang ditahan dan direman di Balai Polis Dang Wangi untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain