suria

Pemandu Ditahan Kerana Mabuk

IPOH: Seorang pemandu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol di bandar raya ini malam Sabtu.

Dia yang berumur 60 tahun ditahan kira-kira 11 malam dalam "Ops Samseng".

Ketua Trafik Daerah Ipoh, DSP Mohd Rodzi Rejab berkata lelaki berkenaan kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Sebanyak 132 saman dikeluarkan ke atas pemandu kereta dan penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang bermula 9 malam hingga 5 pagi tadi.

Operasi dilakukan di Jalan Nazrin Shah, Jalan Raja Musa Aziz dan Jalan S.P Seenivasagam yang melibatkan lebih 50 anggota polis trafik, beserta kereta peronda dan 23 orang anggota Rela. - BERNAMA

Artikel Lain